Wednesday, October 8, 2008

MyWeddingCountdown

Selamat Hari raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam..

Alhamdulillah..PakLah telah mengucapkan selamat jalan kepada pemilihan UMNO dengan menyatakan beliau tidak akan bertanding bagi jawatan presiden. Rata-rata rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan Masyarakat Melayu yang terbuka matanya bersyukur kehadrat Ilahi dengan keputusan ini.
Setelah desakan demi desakan akhirnya PakLah menyerah sebagai seorang yang bermaruah tanpa membenarkan beliau dilanyak seteruk-teruknya jika keputusan sebaliknya diambil.
Dan atas kejayaan ini, saya akan tumpukan blog ini lebih kepada coretan peribadi sahaja tanpa banyak menyentuh kepada politik tanah air lagi..Alhamdulillah sekali lagi..
...............................

Setelah pulang berhari raya di Damansara (rumah tunang) minggu lepas saya dan tunang sepakat menyiapkan satu countdown calendar untuk hari bersejarah kami..
Kalendar ini berjaya saya siapkan pada hari ini.

No comments: