Sunday, September 28, 2008

HARIMAU UMNO - TARING SUDAH TUMPUL KUKU DISIMPAN RAPAT-RAPAT DEK KUASA

Setelah melihat perkembangan DSSK setelah dilantik menjadi penasihat..Harimau UMNO (gelaran syok sendiri) sudah hilang taringnya, kuku disimpan rapat-rapat..Maka berbuih-buihlah ayat-ayat memuji dan mencuci pungkoq AAB & the gangs. Ternyata segala cakap-cakap kasaq didalam blog beliau adalah sekadar tidak puas hati yang dilepaskan hanya untuk memuaskan hati dan nafsu peribadi sendiri. Bukannya IKHLAS untuk memperjuangkan parti semata-mata. Dan malang sekali jika kesemua pemimpin UMNO persis lagak DSSK yang rambang mata dan buta hati bila ditawarkan jawatan. Moga Allah mengampuni dosa beliau sekiranya amanah yang diberi kepada beliau dilacurkan demi kesenangan peribadi.

ADALAH AMAT MALANG KEPADA UMNO APABILA SEORANG PEMIMPIN YANG DIRASUAHKAN JAWATAN TERUS MENJADI HAMBA KEPADA BOSNYA YANG NYATA MEROSAKKAN UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Wednesday, September 17, 2008

Mukhriz kata lantik Dr M sebagai penasihat UMNO

Mai kita pakat tengok dan renung-renung cadangan Mukhriz yang disiarkan dalam malaysiakini:

Permohonan kemasukan semula mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno hendaklah diputuskan ketua cawangan dan bahagian yang bakal disertainya dan bukan melalui Majlis Tertinggi (MT), kata anggota Exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

Mukhriz juga berharap yang bapanya itu, jika diterima balik, hendaklah dilantik sebagai penasihat Umno.

Ketika ditemubual oleh Bernama TV hari ini, Mukhriz berkata bapanya belum memutuskan cawangan dan bahagian mana yang beliau akan serahkan borang keahliannya tetapi yang pasti ialah borang berkenaan akan diserahkan sebelum Aidilfitri ini.

Mukhriz yang juga ahli Parlimen Jerlun berkata beliau difahamkan bahawa MT dijangka membincangkan mengenai kemasukan semula ayahnya esok.

"Tapi bagi saya secara lazimnya, ayah (Dr Mahathir) hanya perlu serahkan borang keahlian kepada mana-mana cawangan atau bahagian dan biarkan ketua itu yang putuskan untuk terima atau tidak. Tidak perlu sampai ke MT.

"Kalau Ezam (Mohamad Ezam Mohd Noor - bekas ketua Angkatan Muda Keadilan) dulu masuk Umno disediakan karpet merah dan tidak sampai pun ke MT, sekarang (merujuk permohonan Dr Mahathir) kita tengoklah dulu apa yang akan jadi," katanya.

selajutnya klik sini...

Peralihan sebelum Disember - Mubarak

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendirian proses peralihan kuasa perlu dipercepatkan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 16 Disember ini kalau tak mau parti UMNO terus bergolak.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang turut menyatakan ini adalah keputusan 34 daripada 36 ahli MT mereka. Dipercayaai kenyataan ini adalah hasil tindakbalas dari kenyataan AAB dan Najib yang menyatakan komitmen kepada pelan peralihan pada tahun 2010.

Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.

Abu Zahar juga berkata peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini.

"Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.

SAPP dah keluaq BN



Parti Progresif Rakyat Sabah (SAPP) akhirnya menamatkan kontroversi kewujudan mereka didalam Barisan Nasional (BN) apabila Presdiennya Datuk Yong Teck Lee (gambar) mengumumkan parti tersebut bebas daripada BN.

Walaubagaimanapun, SAPP menyatakan ia merupakan satu entiti bebas dimana ia tidak akan menyertai Pakatan Rakyat yang ditunjangi oleh Parti Keadilan, DAP & PAS.

Tapi ramai jugak orang dok bunyi, memang takkan join ka ataupun SAPP masih mengintai peluang tunggu masa yang sesuai sebelum lompat-melompat ni berlaku.

Sama-sama kita tengok la kalau-kalau lagu lompat si katak lompat berbunyi ke tak..

Tuesday, September 16, 2008

Perubahan Kabinet PakLah

Paklah hari ini melepaskan jawatan menteri kewangan menyerahkannya kepada Timbalannya, Najib.

Berikutan itu, Paklah mengumumkan yang beliau mengambil alih jawatan menteri pertahanan dari Najib didalam mengukuhkan pengaruhnya didalam ketenteraan.

Najib pula dilantik sebagai menteri kewangan berkuatkuasa serta merta meneruskan dasar PakLah melepaskan kegagalan beliau kepada orang lain untuk diselamatkan.

Paklah yang memegang jawatan tersebut sejak 2004 berkata, beliau telah memaklumkan kepada kabinet mengenai keputusannya.

Malangnya, kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO ini juga mengesahkan komitmen mereka untuk berpegang kepada pelan peralihan kuasa pada 2010.

Dikatakan juga Menteri tanpa portfolio yang sebelum ini lancang mempertahankan bosnya akan menngantikan senator zaid

ANWAR ATAU ABDULLAH - SIAPAKAH LIABILITI MALAYSIA


Abdullah Ahmad Badawi


Wawasan 2020 tidak akan dicapai, itulah yang tersirat dalam dalam ucapan Abdullah baru-baru ini. Apakah wawasan 2020? Projek mega Mahathir atau mercutanda kejayaan rakyat Malaysia mencapai kemajuan?

Bagi Abdullah, apa saja yang dikaitkan dengan Mahathir mesti dihentikan atau sekurang-kurangnya dilabel semula sebagai milik Abdullah. Tidak kiralah kalau dalam masa yang sama rakyat terpaksa disembelih, diterajang sesuka hati.

Abdullah, telah secara halus dan jijik meruntuhkan segala yang dibina untuk rakyat oleh kerja keras Mahathir selama 22 tahun. Walaupun sedar rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi, Abdullah terus bergayut kepada kuasa, seperti kuasa yang diberi adalah hakiki.

Terdapat beribu cerita yang boleh ditunjukkan bahawa Abdullah sedar beliau sudah tidak dikehendaki. Antaranya ialah pelan peralihan kuasa yang kononnya akan dilaksanakannya pada 2010. Ini menunjukkkan bahawa beliau sangat pasti bahawa beliau sudah tidak dikehendaki, namun masih meminta terus untuk memegang jawatan sehingga dua tahun lagi. Untuk rakyat atau untuk siapa?

Abdullah telah melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Abdullah telah menyembah Negara China hanya untuk memuaskan hati Teresa Kok Harbi yang mendakwa kononya rakyat Negara itu diketok ketampi dilokap polis. Abdullah juga membatalkan pembinaan jambatan didalam Negara Malaysia apabila tidak diperkenankan oleh Singapura, melibat kerugian hampir satu billon ringgit dibayar kepada kontraktor dilantik atas angin.

Abdullah juga menyerahkan media berkepentingan kerajaan kepada mereka yang tidak berkepentingan Melayu dan membiarkan rakyat Singapura menerajui pemberitaan dan sewenang wenangnya menghina orang Melayu. Abdullah juga menjual secara meragukan MV Agusta milik Proton dengan harga satu Euro, Abdullah juga melarang penjualan minyak kepada kenderaan luar disempadan, dan dua hari kemudian menarik balik larangan apabila diprotes Singapura.

Abdullah juga mengatakan bahawa harga minyak tidak akan naik sebelum Ogos, tetapi menaikkannya dalam masa segera, sehingga rakyat terkejut besar.

Anwar Ibrahim.

Anwar pula pernah melaksanakan kadar faedah mengikut IMF sehingga mencekik mati banyak syarikat-syarikat tempatan, dan berjaya membankrapkan ramai usahawan dizamannya.

Beliau juga memendekkan tempoh hutang menjadi syarikat-syarikat yang berada diatas garisan terus gulung tikar. Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan hilang dan berapa ramai yang turut bankrap.

Tindakan-tindakan Abdullah dan juga Anwar yang kita lihat menyusahkan rakyat ini untuk siapa sebenarnya? Jika Anwar dilihat bertuankan Amerika, maka Abdullah lebih nyata bertuankan Singapura, bermaksud secara tidak langsung bertuankan kepada Amerika juga.

Oleh itu, dalam kita sibuk dengan peralihan kuasa (antara fantasi dan realiti ) yang mana kita tidak mahukan Anwar yang kita anggap sebagai “masa depan bagi kemusnahan daya juang survival Melayu” , janganlah kita lupa kepada Paklah yang merupakan “silent killer” kepada kebinasaan kerobohan intitusi melayu di Malaysia jika tidak dibendung

Malahan, menurunkan Paklah adalah lebih perlu didahulukan berbanding Anwar. Kerana jika Anwar terpekik dan terlolong seluruh dunia sekalipun berkaitan penubuhan Kerajaan baru, beliau belum tentu menjadi PM dan mengancam kita kerana ia lebih kepada gula-gula untuk keseronokan penyokongnya yang daif menilai dan hanyalah omongan kosong yang lebih kepada retorik politik sempit semata-mata.

Tetapi Paklah adalah bahaya yang wujud pada ketika ini kepada Malaysia, Agama dan Bangsa kerana beliaulah nakhoda Malaysia ke arah kejatuhannya. Jangan kita mangsakan negara kita yang tercinta seperti mana jaminan tidak tengelammnya kapal titanic.