Tuesday, September 16, 2008

ANWAR ATAU ABDULLAH - SIAPAKAH LIABILITI MALAYSIA


Abdullah Ahmad Badawi


Wawasan 2020 tidak akan dicapai, itulah yang tersirat dalam dalam ucapan Abdullah baru-baru ini. Apakah wawasan 2020? Projek mega Mahathir atau mercutanda kejayaan rakyat Malaysia mencapai kemajuan?

Bagi Abdullah, apa saja yang dikaitkan dengan Mahathir mesti dihentikan atau sekurang-kurangnya dilabel semula sebagai milik Abdullah. Tidak kiralah kalau dalam masa yang sama rakyat terpaksa disembelih, diterajang sesuka hati.

Abdullah, telah secara halus dan jijik meruntuhkan segala yang dibina untuk rakyat oleh kerja keras Mahathir selama 22 tahun. Walaupun sedar rakyat sudah tidak mahukan beliau lagi, Abdullah terus bergayut kepada kuasa, seperti kuasa yang diberi adalah hakiki.

Terdapat beribu cerita yang boleh ditunjukkan bahawa Abdullah sedar beliau sudah tidak dikehendaki. Antaranya ialah pelan peralihan kuasa yang kononnya akan dilaksanakannya pada 2010. Ini menunjukkkan bahawa beliau sangat pasti bahawa beliau sudah tidak dikehendaki, namun masih meminta terus untuk memegang jawatan sehingga dua tahun lagi. Untuk rakyat atau untuk siapa?

Abdullah telah melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura. Abdullah telah menyembah Negara China hanya untuk memuaskan hati Teresa Kok Harbi yang mendakwa kononya rakyat Negara itu diketok ketampi dilokap polis. Abdullah juga membatalkan pembinaan jambatan didalam Negara Malaysia apabila tidak diperkenankan oleh Singapura, melibat kerugian hampir satu billon ringgit dibayar kepada kontraktor dilantik atas angin.

Abdullah juga menyerahkan media berkepentingan kerajaan kepada mereka yang tidak berkepentingan Melayu dan membiarkan rakyat Singapura menerajui pemberitaan dan sewenang wenangnya menghina orang Melayu. Abdullah juga menjual secara meragukan MV Agusta milik Proton dengan harga satu Euro, Abdullah juga melarang penjualan minyak kepada kenderaan luar disempadan, dan dua hari kemudian menarik balik larangan apabila diprotes Singapura.

Abdullah juga mengatakan bahawa harga minyak tidak akan naik sebelum Ogos, tetapi menaikkannya dalam masa segera, sehingga rakyat terkejut besar.

Anwar Ibrahim.

Anwar pula pernah melaksanakan kadar faedah mengikut IMF sehingga mencekik mati banyak syarikat-syarikat tempatan, dan berjaya membankrapkan ramai usahawan dizamannya.

Beliau juga memendekkan tempoh hutang menjadi syarikat-syarikat yang berada diatas garisan terus gulung tikar. Bayangkan berapa banyak peluang pekerjaan hilang dan berapa ramai yang turut bankrap.

Tindakan-tindakan Abdullah dan juga Anwar yang kita lihat menyusahkan rakyat ini untuk siapa sebenarnya? Jika Anwar dilihat bertuankan Amerika, maka Abdullah lebih nyata bertuankan Singapura, bermaksud secara tidak langsung bertuankan kepada Amerika juga.

Oleh itu, dalam kita sibuk dengan peralihan kuasa (antara fantasi dan realiti ) yang mana kita tidak mahukan Anwar yang kita anggap sebagai “masa depan bagi kemusnahan daya juang survival Melayu” , janganlah kita lupa kepada Paklah yang merupakan “silent killer” kepada kebinasaan kerobohan intitusi melayu di Malaysia jika tidak dibendung

Malahan, menurunkan Paklah adalah lebih perlu didahulukan berbanding Anwar. Kerana jika Anwar terpekik dan terlolong seluruh dunia sekalipun berkaitan penubuhan Kerajaan baru, beliau belum tentu menjadi PM dan mengancam kita kerana ia lebih kepada gula-gula untuk keseronokan penyokongnya yang daif menilai dan hanyalah omongan kosong yang lebih kepada retorik politik sempit semata-mata.

Tetapi Paklah adalah bahaya yang wujud pada ketika ini kepada Malaysia, Agama dan Bangsa kerana beliaulah nakhoda Malaysia ke arah kejatuhannya. Jangan kita mangsakan negara kita yang tercinta seperti mana jaminan tidak tengelammnya kapal titanic.

1 comment:

liandaz said...

dua dua xguna..
satu gila kuasa..
satu xpaham bahasa..
idop tun..