Wednesday, September 17, 2008

Peralihan sebelum Disember - Mubarak

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) berpendirian proses peralihan kuasa perlu dipercepatkan sebelum Perhimpunan Agung UMNO 16 Disember ini kalau tak mau parti UMNO terus bergolak.

Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang turut menyatakan ini adalah keputusan 34 daripada 36 ahli MT mereka. Dipercayaai kenyataan ini adalah hasil tindakbalas dari kenyataan AAB dan Najib yang menyatakan komitmen kepada pelan peralihan pada tahun 2010.

Kedua-dua mereka juga akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai presiden dan timbalan presiden Umno Disember ini.

Abu Zahar juga berkata peralihan kuasa yang dipersetujui sebelum ini adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini.

"Pemimpin mestilah patuh dan hormati perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di ibunegara hari ini.

No comments: